Lil Introduction About Me


Assalammualaikum wbt. Selamat petang!

Hi, nama saya Ida Azerin binti Razali. You can also call me Cho. Sebab saya Cho-mel! 😆

Saya menceburkan diri di dalam bidang Unit Amanah ni secara tidak sengaja pada April 2004. Waktu tu saya baru sahaja setahun memulakan kerjaya saya sebagai Engineer di JARING. Waktu tu JARING dibawah MIMOS Berhad.

Hanya kerana saya suka pada "recruiter" saya pada waktu itu, saya memilih untuk mengambil lesen Unit Amanah dan belajar tentang "Financial Planning" dan pengurusan kewangan diri sendiri.

"Kita bukan jual apa-apa barang pun. Kita suh orang simpan duit. Apa susah! Kita cuba je lah". Itu lah kata-kata terawal saya, disamping... setiap minggu dapat berjumpa dengan "recruiter" saya! hahaha

Itu cerita lama lah...

Fast forward setelah 15 tahun, Alhamdulillah, saya sudah sampai ke tahap tertinggi kerjaya di dalam industri Unit Amanah ini iaitu level Group Agency Manager dan recruiter saya sebenarnya dah berhenti di level no 2 iaitu level Agency Supervisor pada tahun 2005 macam tu.

Pelbagai ups and downs saya telah hadapi di sepanjang perjalanan ini. Alhamdulillah... hati kena sentiasa ikhlas, fikiran kekal positif dan maju kehadapan, tidak pernah kenal erti putus asa, kerja keras bersama 1 pasukan. Itulah antara ramuan kejayaan saya.

Alhamdulillah, pada tahun 2012, saya telah mempunyai agensi saya sendiri. 7 tahun selepas itu, berkat doa Mak saya, berkat doa rakan-rakan 1 pasukan, bekerja tanpa jemu, agensi kami telah berjaya masuk di dalam kategori elit "Top 25 Group Agency Manager" di Malaysia.

Allahuakbar. 
Allahuakbar. 
Allahuakbar.

Terima kasih buat semua yang "Make it Happens". Sewaktu di New Zealand tempoh hari, setiap hari saya berdoa kalian semua "Kaya dan Berjaya Dunia Akhirat". aamiin.

Kepada rakan-rakan yang membaca, yang dulu nya tidak aktif, nak mengaktifkan diri semula, kecil tapak tangan, stadium Bukit Jalil saya tadahkan.


Apa yang bestnya jadi Unit Trust Consultant ni? 

Untuk mengetahu peluang peluang yang ada sebagai Unit Trust Consultant atau agent unit amanah ini, boleh hubungi terus:

📌 Ida Azerin Razali

📲  019 6961977
✉ idaazerin@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Kerjaya Unit Trust Consultant | Opening 1 Malaysia